Penjurian Anugerah Industri Muzik ke-15

Freddie Fernandez selaku presiden Persatuan Karyawan Malaysia dan ketua Maestro Talent menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM15, sementara buat julung kalinya para juri akan diketuai seorang Ketua Juri untuk mengadili serta memantau sebarang keputusan yang akan dibuat pada anugerah itu yang sering mencetuskan pertikaian serta kontroversi.[1] Ramli M.S. menyandang jawatan Ketua Juri. Terdapat 200 orang juri terpilih yang terdiri dari kalangan karyawan iaitu penerbit, pencipta, penggubah lagu, komposer dan wartawan hiburan. Segala proses pencalonan dijalankan di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Mereka menerima penyertaan 39 album dari syarikat tempatan, sembilan daripadanya merupakan karya pemuzik indie.[3]

Menurut Pengurus Besar PAIMM, Jennifer Thompson, penjurian telah dibahagikan kepada tiga bilik yang melibatkan kategori susunan muzik, album terbaik dan persembahan vokal. Ramli M.S. menjadi Ketua Juri dari peringkat awal penjurian sehinggalah peringkat akhir. Semua keputusan terletak di atas pemantauan beliau. Pemilihan peringkat pertama yang menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keputusan akhir telah diadakan pada 2 Mac lalu, manakala pemilihan peringkat kedua sebanyak 60 peratus pula pada 21 Mac lalu.[1] Keputusan oleh juri bagi dua pusingan tersebut telah ditadbirkan oleh pihak PAIMM di bawah pantauan Juruaudit Rasmi AIM dari firma audit Ernst & Young.[2]

Senarai calon muktamad (seperti berikut) diumumkan di sebuah sidang akhbar di Berjaya Times Square pada 2 April.[4]